Asas Kajian


INSAN RESEARCH AND TRAINING ACADEMY adalah merupakan sebuah pusat kajian dan latihan yang diasaskan oleh Dr Sazali Ahmad  berdasarkan kajian dan ujikaji dalam bidang-bidang yang merangkumi:
 
  • Human Information Science (Sains Kemanusiaan)
  • Science of Breath (Sains Pernafasan)
  • Mechanism of the Mind (Mekanisma Minda)
  • Science of Symbolism (Sains Simbol)
  • Science of Sound (Sains Bunyi)
  • Energy Psychology (Sikologi Tenaga)
  • Psychology of Persuasion (Sikologi Godaan)
  • Mental Conditioning (Hypnosis)
  • The Malay Magic (Kesinambungan dari kajian tentang ilmu sihir dan mistik melayu yang dijalakan oleh Sir William Skeat, London)


PENGIKTIRAFAN
Hasil kajian selama 25 tahun ini telah dimodulasikan dan menerima pengiktirafan sebagai modul bagi Ijazah Sarjana Sains Aplikasi  Maklumat Saikologi, Kursk State Technical University, Russia.  bertujuan untuk memahami kekuatan dalaman seorang Insan bagi mengenalpasti bagaimana manusia membuat keputusan dan faktor yang mempengaruhi manusia untuk bertindak. Kajian ini, belum pernah diterokai oleh mana-mana pihak secara bersepadu.

FORMULASI
Berasaskan kajian dan penemuan ini maka terhasilah formulasi bagi program-program latihan dan kaedah-kaedah terapi yang bertujuan untuk membangkitan kekuatan dalaman insan bagitujuan pemulihan fisikal, mental dan spiritual. Teknik yang telah di formulasikan ini diaplikasikan melalui 4 tahap. Bermula dari pemahaman konsep, mengenalpasti masalah dan pemulihan;  sehingga ke tahap membangkitkan sifat Khalifah yang  akan membimbing fikiran dan kehidupan seorang Insan. 

Melalui kaedah ini seseorang itu dapat melakukan pemulihan kendiri sebagai ikhtiar yang mungkin belum pernah dilakukan  sebelum ini untuk mengatasi masalah fisikal, mental dan spiritual yang selama ini dipertanggung jawabkan kepada orang lain.Setelah masalah dapat diatas maka seseorang itu dengan mudah dapat memformulasikan matlamat yang selama ini dihalang oleh masalah yang dihadapinya. Kaedah-kaedah ini  digabungkan dan dipermudahkan untuk difahami dan diaplikasikan oleh semua peringkat umur, ia berkesan untuk kegunaan prestasi cemerlang dalam pendidikan, sukan, hiburan,pemulihan penyakit fisikal, mental dan spiritual. Mengembalikan keyakinan diri, menetapkan matlamat, membangkitkan kekuatan dalaman dan kerohanian melalui 2 sistem iaitu i-C.R.A.F.T. dan i-KENDO